Hello.
Hidup ini sememangnya susah. Hidup ne bukan fikir pasal diri kita ja, tapi diri orang lain juga. Seimbang. Tapi kalau terlalu fikir perasaan orang lain, perasaan kita siapa jaga?
Sedih bila ada yang cakap diri ini sombong. Celah mana yang sombong aku sendiri belum pasti. Mungkin kurang melibatkan diri dalam laman sosial, atau aktiviti luar? Aku faham. Tapi kita kena ingat, bukan semua manusia mempunyai jalan hidup yang sama. Kau hidup A, aku hidup B, dia hidup C. Tidak sama. Jarang sekali untuk sama.
Kalau aku kurang dalam tu semua, itu sebab aku ada hal tersendiri.
Mungkin masa tu aku sibuk. Ya. Orang cakap sibuk pun ada hadnya. Memang. Tapi had yang aku guna tu untuk berehat. Dan fikir benda lagi patut aku fikir. Kita tidak sama.
Mungkin masa tu aku ada tugas lain. Melibatkan keluarga. Keluarga aku bukan mcm keluarga orang lain. Yang tahu tu dia paham lah. Yang tidak tahu tu buat2 tahu lah. Kita tidak sama.
Mungkin masa tu aku tiada duit. Ada duit, tapi kurang. Kalau keluar duduk lepak jalan sana sini dompet kosong, malu. Susahkan orang. Aku orang sederhana. Terpaksa pinjam ptptn utk survive sepanjang tahun. Kita tidak sama.
Mungkin aku sudah 'terlanjur' berjanji dengan orang lain. Apa orang cakap kalau aku batalkan begitu sahaja?
Banyak benda. Tapi satu, kita semua tidak sama. Akan ada satu masa bila semua dapat bersama dalam hari yang sama, waktu yang sama. Aku minta maaf kalau semua tidak berjalan seperti yang diinginkan. Bukan senang mau jadi aku. Tengok luaran memang biasa, kurang masalah. Tengok dalaman, aku rasa aku lah paling banyak menyimpan rahsia. Maaf jika terkasar. Maaf jika aku silap. Tapi ini lah realitinya.