Saturday 5 November 2016

Bilik saya di angkasa lepas

Hari tu cakap (4 bulan yang lalu) mau update blog macam dayre. Seperti biasa, tiada yang kekal di blog seorang blogger (layak kah dipanggil blogger?!) bernama Sisin dan semuanya hanyalah bagai melepaskan batu di tangga. Blog tukar url, last entri juga Ogos yang lepas. Oh pengsan. Entri lepas aku cakap tentang perasaan sedih apabila hari untuk aku quit kerja dah dekat. Tapi still tidak quit pun HAHA! Sambung belajar is yes, tapi dalam masa yang sama aku masih teruskan bekerja untuk weekend sahaja (part-time) Sedar tak sedar, hari ini masuk bulan ketiga berada di semester III dan kini aku bergelar pelajar Tahun 2 mihmih naik pangkat, up sikit jadi senior lols.  

Okay okay tujuan sebenar entri ini ditulis, dihidupkan kembali bukan untuk flashback balik post lepas. Tahukah kamu bahawa kini saya (guna saya lah pula) tidak lagi mendapat tempat kolej kediaman dalam kampus? Saya dapat kolej kediaman luar kampus! Perkara ini haruslah saya huhahuha kan kerana kolej yang saya dapat kali ini berganda-ganda baik dan superb! Jauh dari kampus jangan cakap, kau sempat tidur buat peta dalam bas. Tapi kemudahan yang ada pergh memenuhi keperluan dan kehendak setiap pelajar. Keselesaan diutamakan. Jadi setelah berbulan sedap-sedap tinggal dalam kediaman ni kira aku mau share lah. Manalah tahu tahun depan kena tendang kolej kediaman lols.

Nama kolej kediaman ini ialah Kolej Kediaman Sri Angkasa atau nama singkatan kami panggil angkasa dan KSA, lebih mudah bukan? Jadi kalau ada yang naik Uber lepas tu cakap 
"mahu pergi angkasa"
bersedia lah untuk mendapat respon seperti ini,
"ala bos, kereta saya tiada sayap ni"
"wau, kita berlepas lah ni?"
"wau, boleh jumpa bulan dan bintang ni"
hihi. 

Okay rangka dia macam ni, ianya rumah yang mempunyai 3 bilik. Bilik 1, Bilik 2, Bilik 3. Bilik 1 dan 2, setiap bilik khas dua orang. Bilik 3 pula untuk 3 orang. Aku dapat bilik 1, dua orang. Tandas ada dua. Bangun lambat macamana pun tetap dapat mandi tanpa bariskan baldi untuk book tandas. haha



Benda pertama sekali yang aku nampak masa masuk bilik ni ialah meja belajar ni. Cantik! Meja belajar ni luas. Permukaan meja juga dalam keadaan yang baik, tiada cacat cela. Menulis tanpa alas pun cantik sebab tiada lubang atau benda2 yang perangai macam syaitonnn buat tulisan tu buruk heheh. Lepastu tepi ada dua soket. Sesuai sangat! Aku suka hijau.


Kita jalan sikit.. ini pula tingkap dan permandangan saya setiap hari :'D tiada apa yang mahu dibanggakan. Cukuplah boleh buka luas-luas tanpa perlu berselindung sebab depan tetap bilik perempuan. Bilik yang lain pula permandangannya ialah sebuah perkampungan dan blok lelaki.
Jarak antara dua katil cuma begini. Sesuai sangat!



Tempat ku beradu. Tiada yang fancy sangat pun. Selimut biasa bukan comforter, lipat atas bantal. Pakai cadar hitam sebab mahu matching dengan katil yang hitam, haha nampak sangat. Bawah katil pula banyak sangat storage space! Sesuai! Boleh letak macam-macam benda. Tapi aku letak kasut-selipar dan printer sahaja sebab letak macam-macam nampak semak. No-No.


Almari kami berdua. Belah kanan aku punya. Dalam ada cermin, ada laci ada lagi beberapa storage space. Perabot almost everything in white and black jadi match dengan semua warna. Bila match dengan semua warna, bilik tu nampak kurang semak, nampak lebih luas. Sesuai!




Salah satu storage space. Sebelah untuk piring mangkuk dan sebagainya. Simpan luar buruk pemandangan. Sebelah lagi entah untuk apa sebab ada tempat kunci. Aku jadikan pantri untuk makanan sebab ianya makanan, MAKANAN, ofkos lah simpan baik-baik kunci siap mangga sebab makanan itu pujaan hati setiap orang haruslah disimpan daripada dicuri dan dimakan orang lain hahaha tamaknya buruk perangai. Bukan. Makanan mesti banyak. Bila susun, tetap akan nampak semak. Kalau simpan dalam ni, kita ja nampak semaknya macam mana. Ok terjawab.


Luar juga ada sinki untuk cuci piring mangkuk rice cooker opps. Juga sesuai sangat! Seakan rumah sendiri walaupun ruang tamu indada. Tempat jemur kain is limited tidak perlu letak gambar sebab sekarang banyak kain, kain perempuan. Limited pun limited lah yang penting overall sesuai sangat! Harap tahun depan dapat kediaman ni lagi, atau akan ada entri baru pasal tempat merempat sia yang baru lols.

Tulis entri pun mahu satu jam. 
By the way, bukan Sisin. It's Cicyn.

ADios